Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul ImanMalaysiaGunung Tebumempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).

Gunung Tebu adalah kemuncak ke 8 tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.[2]

Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu,di antaranya adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda, dan Batu Madrasah. Jika cuaca yang cerah dan awan yang kurang, pendaki-pendaki akan dapat melihat dua pulau yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu.

Mendaki Gunung Tebu melalui trek yang sepanjang hampir 10 kilometer ini memakan masa selama 4 hingga 5 jam bagi pendaki yang sudah berpengalaman. Bagi pendaki-pendaki yang kurang berpengalaman, pendakian ke puncak mungkin akan mengambil masa selama 6 hingga 7 jam. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama menyebabkan para pendaki kebiasaannya berkhemah di puncak gunung tersebut.

Mereka yang ingin mendaki Gunung Tebu perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Pejabat Hutan Negeri Terengganu dan melaporkan diri di balai polis terdekat sebelum memulakan pendakian.

Pendakian akan bermula di Hutan Lipur Lata Belatan dan bayaran masuk sebanyak RM5 akan dikenakan di pintu masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Tidak terdapat sumber air di puncak gunung Tebu, oleh itu ia tidak sesuai sebagai tempat untuk berkhemah.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s